Mencari Keberkatan Hidup (yang aku sendiri masih tak jumpa)

by Jiji on November 21, 2009 · 4 comments

in Rambling

2 a.m- Anis dah tido, Koben dah tido.

Aku baru abis mop satu rumah.

Petang tadi layan tido dengan anak dara sorang tu 3 jam, ni malam dah bersengkang mata.

Anis mmg payah nak tido lama, pantang aku bangun je dia pon bangun..

Anyway,  ni malam malam ni dengan bunyi katak bobok dengan angin  tiup kat luar buat aku fikir macam mana laa kalo kiamat sat lagi.

Aku dalam lalai aku ni, selalu jugak singgah blog-blog yang banyak bantu aku buat muhasabah diri. Pasal aku sedar nak buat sendiri kirim salam je.

Kadang bila aku baca (cth blog yang selalu aku jenguk: http://hijrah1429.blogspot.com/) menitik air mata aku mengenang nasib diri yang tah bila nak dapat keberkatan.

Ni dah ada anak perempuan ni, lagi la. Kadang kita sebelum kawin ingat dunia ni straight je.  Aku tau banyak sebab Allah  temukan kita dengan orang yang mcm tu, mcm ni..

Aku nak lebih. Aku nak sangat hidup ada panduan. Bukan setakat bangun sembahyang kerja makan tido. Sembahyang pon tak pernhanya nak kusyuk ke apa. Selalu jugak amik ringan. Lambat-lambat kan solat. Ada je alasan. Padahal orang Islam kat US tu solat sambil tangan kena gari lagi.Aku?

Sejauh mana kita nak nngaku kita lalai?

Ada yang berani jadi jujur? Kadang aku baca blog sana sini aku bandingkan betul ke hidup mereka takda masalah?

Macam happy je sentiasa, makan, shopping jalan-jalan sana sini, tangkap gambar senyum senyum.

Itu ke hidup dengan  keberkatan?

Aku baca  APA ITU KEBERKATAN? oleh ZAHIRUDIN HJ HARUN

Hmm.. Banyak pekara yang buat aku sedih dan terkilan bila aku pandang diri aku sendiri.

Banyak benda yang aku harap untuk berubah dan masih menunggu perubahan.

Aku berdoa saban hari untuk berubah, aku jujur berkata aku tak mampu lakukan sendiri.

Itu  masalahnya.

Sampai bila aku nak tunggu untuk berubah? Tunggu orang datang pimpin tangan?

Mungkin la agaknya.

Mak aku lain betul cara hidupnya. Setiap kali dia cakap itu  blabla “baru berkat”.

Aku sampai sekarang tak paham-paham.

Atau malas nak paham.

Mak aku cakap “takpe dik, sikit tapi berkat”

Pasal aku dulu selalu bising “Ala ma  ni bukan nye dapat banyak duit pon buat benda ni”

Kan bagus kalo mata aku ni cemburukan iman dan amal orang . Ni asik cemburukan harta dan kesenangan orang je.

Okeh dah stop.

Related Posts with Thumbnails

{ 4 comments… read them below or add one }

1 yatie chomeyl November 22, 2009 at 1:02 AM

thanks weh utk entry nih…menyusup gak keinsafan sket dlm hati aku

[Reply]

2 Nuradyani November 22, 2009 at 8:09 AM

mmg kita ni senang lalai kan. hmmm. bagus jugak ada yg berdakwah kat blog ni.

[Reply]

3 sue November 22, 2009 at 12:46 PM

Aku dah didedahkan dengan konsep berkat ni sejak skolah form 4. Aku bukan sekolah agama. Tapi Pengetua skolah aku selalu tekankan hal berkat dalam speech dia setiap kali perhimpunan. Sampai melekat kat hati aku ni. Alhamdulillah, Sampai sekarang kalo nak buat apa2 aku fikir bnda yg aku buat ni berkat ke tak. Duit yang aku dapat berkat ke tak. Makanan yg aku telan berkat ke tak. Tapi dah nama manusia. Tersimpang jugak la kadang2. hehehe…

[Reply]

4 sue November 22, 2009 at 1:04 PM

girl.. dunno wats ur prob. Be strong for anis manis. Dats wat i always do for my ilham.. =)

[Reply]

Leave a Comment

Previous post: Lelaki/bapak-bapak boleh pulak, kalo mak-mak mcm aku ni takbleh la..??

Next post: Jangan mengeluh kerana hari ini indah lah!