Kita selalu berbangga dengan gambar-gambar makanan yang harga RM40 satu pinggan.

by Jiji on November 13, 2009 · 10 comments

in Bekalan Akhirat

(termasuklah aku).

Manusia ni makin lama makin riak dengan kehidupan. Semakin jauh dari asal tujuan kehidupan sebenar.

(termasuklah aku).

Kadang kita berbangga makan di tempat-tempat yang orang pandang “wah coolnyaa kau”

(termasuklah aku).

Kadang kita berbangga pergi melepak di tempat-tempat yang orang pandang “wahh bestnya jadi kau” (termasuklah aku). . . .

Aku terfikir, kadang orang mengeluh dengan duit yang sedikit. (okeh okeh termasuklah aku!)

Padahal kita patut berbangga dengan duit yang sedikit sekurang-kurangnya menjadi penghadang kita dari melakukan pembaziran, memakan makanan yang tidak halal (ertinya haram). Duit yang sedikit ni la yang menyelamatkan kita dari terus lalai. Ini ada sedikit panduan makanan kita bila keluar dari rumah.

Source: http://www.halaljakim.gov.my/ Tarikh Aduan :18/03/2005 – 15:56:22

Aduan : Saya ingin mendapat penyesahan pihak tuan adakah kedai makanan ini halal dan telah mendapat pengesahan pihak JAKIM. Terima Kasih 1. Aiskrim Svenson 2. TGI Fridays 3. Nandos 4. Delifrance 5. Manhattan Fish Shop 6. Dave Deli 7. Kenny Roger 8. Thai’s Kitchen

Jawapan : Kedai Svenson, Nando, Delifrance dan Kenny Rogers telah mendapat pengesahan halal JAKIM TGI Fridays, Manhattan Fish Shop,Dave Deli dan Thai Kichen tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Q : Adakah Jakim mengiktiraf produk-produk yang disahkan halal oleh IFANCA, USA (maklumat organisasi seperti di bawah) kerana IFANCA mendakwa ia telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf perihal halal nya produk-produk dari Amerika. Saya telah membeli produk kesihatan SUPA EPA edaran COSWAY yang disahkan halal oleh IFANCA. Pada bungkusan produk dinyatakan sumber gelatin adalah dari ‘Bovine’. Saya telah cuba mencari siapakah pengendali / pihak pengurusan IFANCA untuk memastikan kelayakan mereka di dalam mengiktiraf halal nya sesuatu produk tersebut tetapi gagal. Di harap pihak Jakim dapat memberikan pandangan berhubung perkara ini. Terima kasih.

A : IFANCA adalah badan islam yang telah dilantik oleh JAKIM untuk memberi pengesahan halal bagi produk dari USA terutamanya daging dan produk berasaskan daging. Terdapat 2 lagi badan islam dari USA yang juga! telah dilantik oleh JAKIM untuk memberi pengesahan halal kepada produk dari US yang dieksport ke Malaysia iaitu : Halal Food Council South East Asia dari Salisbury dan Islamic Services America dari Iowa.

. . Lepas ni kita sama-sama beringat. Bukan setakat makanan. Kosmetik dr US yang kita dok tepek siang malam tu pon kena tau jugak kandungannya… Boleh baca semua aduan dan persoalan dari pengguna di sini : http://www.halaljakim.gov.my/aduan_siar.php Sila rujuk TARIKH ADUAN DAN BANDINGKAN DENGAN SENARAI PRODUK/ADUAN TERKINI YANG DAH ADA SIJIL HALAL DARI JAKIM.

Boleh check di siniĀ  : http://www.halaljakim.gov.my/directory/index.php?lang=BM

Related Posts with Thumbnails

{ 10 comments… read them below or add one }

1 Kujie November 13, 2009 at 3:56 AM

bab kosmetik..kak jie clear n clean sbb tempek bedak sejuk je

bab makan2… life kak jie bukan gitu jiji

huhu..terasanya out of datenya kak jie tak jejak tempat2 mcm gitu

[Reply]

2 hanisumayyah November 13, 2009 at 3:58 AM

salam..

Jiji… cam sama lak point2 tertentu kita dalam entry akak hari ni…mungkin kebetulan!

[Reply]

3 cikpid November 13, 2009 at 4:21 AM

time kasih on the info yer jiji..sgt2 berguna…

[Reply]

4 dilot November 13, 2009 at 4:30 AM

Jiji

hanya orang yg kisah halal haram je kisah benda-benda macam ni

kalau org tak kisah,letak lal ink halal ke apa ke,depa tetap makan..diorang kisah ke?janji ada duit,semua sapu bersih.

makan nak kena jaga,baru perbuatan terjaga

makanan nanti jadi darah daging kita

banyak orang tak jadi orang pasal makan makanan tak tentu hala sumbernya

sejak aku kawen,suami aku yg banyak titik beratkan halal dan haram ni.. :)

ntahla jiji….berdoa semoga kita dalam golongan yg dipelihara makan dan minumnya dari sumber rezeki yang halal saja.

[Reply]

5 unlisted_one November 13, 2009 at 5:20 AM

hisyk,..takde sijil halal rupanya..takut betul la.

[Reply]

6 farah November 13, 2009 at 5:21 AM

laki aku selalu marah kalau nak tepek gamba makanan dlm blog..die kate cam nak berlagak je.

anyway..good info jiji

[Reply]

7 husna November 15, 2009 at 10:19 AM

masa dok kat msia x la alert sgt dgn benda2 halal n haram ni sebab assume kalau kedai makan tu muka melayu halal la kot.x la tgk syampu/lotion ada cop halal tak..tp sejak dok kat negara org ni semua benda kena baca ingredients..jadi sgt alert & careful..dr roti-cheese-kek-icecream-coklat-jajan-syampu-lotion-pinggan mangkuk (ie noritake) etc..baru tahu dlm susah jadi musafir ni ada hikmahnya bila merantau..we don’t take things for granted..sampaikan balik Msia hari tu pun still terikut2..semua benda nak baca ingredient..maybe we should go to basic..

[Reply]

8 husna November 15, 2009 at 10:19 AM

masa dok kat msia x la alert sgt dgn benda2 halal n haram ni sebab assume kalau kedai makan tu muka melayu halal la kot.x la tgk syampu/lotion ada cop halal tak..tp sejak dok kat negara org ni semua benda kena baca ingredients..jadi sgt alert & careful..dr roti-cheese-kek-icecream-coklat-jajan-syampu-lotion-pinggan mangkuk (ie noritake) etc..baru tahu dlm susah jadi musafir ni ada hikmahnya bila merantau..we don’t take things for granted..sampaikan balik Msia hari tu pun still terikut2..semua benda nak baca ingredient..maybe we should go back to basic..

[Reply]

9 azzamoro November 16, 2009 at 3:48 AM

adoi.. aku dahla suke makan jhonnys..huhu

[Reply]

10 sarah seben November 16, 2009 at 8:42 AM

so lepas ni, takleh la ajak ko gi makan kalau aku nak ke restoran2 yang di-listed kan di atas yer jiji..kalau aku tak ajak jangan merajuk tau. aku respect kat ko kalau ko bersikap was was dgn food tu jer ;-)

[Reply]

Leave a Comment

Previous post: Gundah Gulananya hatiku..

Next post: Blog of the Week: Doodle Wonderland