From the category archives:

Parenting

Memang jarang nampak perkataan ni kalo kita berkunjung di mana-mana blog “mak-mak”. Hakikat sebenar di sebalik mendidik dan menjaga anak-anak seorang ibu tidak mampu untuk ’sentiasa’ bertahan.

Aku banyak amik iktibar melalui TV series Desperate Housewives.  Contoh Bree, mmg orang nampak dia perfect, kadang kita letak kayu pengukur tak kena pada tempat. Sebab takot di nilai, takot rasa ‘tidak upaya’ itu mengganggu perkembangan anak kita, rata-rata sebagai ibu terpaksa menelan sesuatu beban yg besar.

Jarang aku baca blog ibu yang bersungut jaga anak (kat blog aku je laa dapat baca banyak bab bab bersungut ni kan eheh). Bila aku baca keupayaan seorang ibu yang hebat *ehem-Jiey-ehem* aku mengukur tingkah laku aku.  Lepas tu start aku rasa mandom dan bersalah. Adakah “AKU TIDAK BERUPAYA” itu merupakan satu kesalahan?

Adakah seorang ibu tidak patut rasa TIDAK BERUPAYA?

Aku rasa kita patut mengaku dari berpura-pura kuat dan akhirnya memakan diri. Bila kita mengaku obviouslyla kan kita akan berusaha dari dok indenial je sepanjang waktu.

So sini aku tulis KETIDAK UPAYAAN AKU.

Aku tidak berupaya untuk…

1. Berhentikan otak untuk tidak memikirkan anak bila berjauhan.

2. Berhenti kerja dan jaga anak kat rumah, sebab terus terang aku akan tension. Lain la kalo ada orang akan menguruskan rumah. Tu belakang cerita.

3. Untuk berhenti kerja dan balik Seremban dok umah mama abab walau seribu kemewahan dan kemudahan yang membolehkan aku tido bangun sesuka hati. Sebab aku tak mampu mendisplinkan diri aku kat rumah tu.

4. Untuk berhabis duit membeli bermacam-macam mainan, (sb aku rasa membazir sangat-sangat) pasal pendapat aku la kan, no point jugak beli mainan pasal Anis kasi dia kotak minyak wangi Chanel (kena spesifik, bukan berlagak -haha! kotak lain dia takmo) dan kad kad yg tak guna dia akan khayal selama dekat hampir sejam keluar masuk kan kad kedalam kotak goncang-goncang sorak bawah bantal carik balik sorok bawah kapet etc.

Moral: Kena beli minyk wangi baru, sebab kotak tu dah lunyai *flips hair*

5. Untuk produce susu yang berkualiti. Aku tak tau laa anak aku asik selsema batuk je. Padahal BF. Puas aku amik supplement nak increase milk quality. Sekarang aku dah start kasi dia makan Scott Emulsion (okeh tergiang-giang lagu “bermain dengan ayah.. ku rasa bertuah.. pulang sebelum hujang, ibu mengatakan kami ada kawan.. bernama scott emulsiooooonnn”)

6. Untuk bangun pagi menyediakan makanan Anis dan aku bersyukur sangat-sangat Koben takeover tugas tu SETIAP HARI. Pasal apa anak aku akan melekap molot mcm tapak sleman kat bedendeng. Kang dia bangun lagi laa lambat kami masuk opis.

7. Untuk homeschool. Sebab? Tak habis lagi layan Gossip Girls Season 2 dan 3. Ahaks! Malam-malam layan kejap jam 10 ajak tido. Hujung minggu je la baru nak ajar itu ini. TAPI satu hari kena baca 3 buku.  Aku kasi pilihan buku cerita mana dia nak baca. Believe me, hampir sejam jugak aku akan membaca buku yg sama berulang-ulang. Kadang terbawak bawak laa dalam mimpi tikus nama Violet tuh.

babyblues

.

.

Okeh, aku dapat pikir tahap ni. Padahal banyak lagi. Aku stop. Aku dah down Uwaaaaaaaaa@!~

Aku mahu Johny Depp!!!!!!!!!!!

P/s: Btw Alice in Worderland tak best!!!!!!!!

OH DON’T FORGET..!!

27 March 2019 EARTH HOUR/EARTH DAY whatever.

{ 5 comments }

Anis-Koben

Biar la aku berasa bangga.

Aku jarang update Anis Manis punya milestone. Sebab terlalu banyak untuk bayi seusia dia. Setiap kali kami keluar berjalan selalu didatangi orang orang tua (ye, yang nenek-nenek atuk ni). Memuji Anis terlalu pandai untuk bayi seawal umur itu.

Anis -13 bulan. Jarang menggunakan laptop sebagai alat bantu mengajar. (Sebab aku prefer buku!). Aku tak follow mana-mana modul pembelajaran untuk kanak-kanak. (Gila malas sebenarnya, tunggu laa dah berenti kerja esok :P ).

Menurut Baby-Center:

Child’s Age
Mastered Skills (most kids can do)

Emerging Skills (half of kids can do)

Advanced Skills (a few kids can do)
13 months • Uses two words skillfully (e.g., “hi” and “bye”)
Bends over and picks up an object
• Enjoys gazing at his reflection
• Holds out arm or leg to help you dress him
• Combines words and gestures to make needs known
• Rolls a ball back and forth

Anis Manis1

“Apsal laa aku kecik-kecik dulu takde menda ni”

Skill bayi berumur 14 bulan yang Anis dah mahir.

1.Eats with fingers – Tip top! sampai kena tegur laa dekat kedai mamak dia dok makan roti canai dengan kusyuk!

2.Empties containers of contents. – Mak dia punya kerja terbongkok-bongkok laa kutip satu satu masuk balik.

3.Imitates others. Hahaha ni kelakar, “Macam mana Umi hiccups?”“erp, erp” siap gerak badan tu! Ni tak masuk bunyi bunyi binatang dan objek “Macam mana bunyi jam nenek?”- “Ehh tengg, eh tengg” . Skill terkini KOREK HIDUNG (sendiri dan orang berdekatan). Bukan aku ajar aarrr!!!

4.  Pushes and pulls toys while walking. – Ni advance skill.Dengan kerusi-kerusi kat rumah tu abis dia rearrange!

Ni skill bayi berumur 15 bulan pulak.

1.Plays with ball. - Tendang bola tanpa bantuan dari bapaknya! Kadang aku perlu ingatkan sang bapa yang dia ada anak perempuan bukan lelaki .Haih.

2.”Helps” around the house - Lap Meja. Kemas barang. Anis dah kenal warna hijau, biru dan merah. Dah kenal nama barang. Simple instruction mmg dia faham. Okeh aku bangga gila part neh! Get the ball for me please”, “pick up the blue/green cube”, “Where is your dolphin” – find dolphin under my bontot hahaha. where’s my handphone/remote aircond” -search hp/remote aircond under the pillow, “Go and find your sipcup” – walk towards the table, kalo tak sampai di tariknya kita suruh amik!. Lipat kain- tak banyak membantu , kena banyak latihan untuk kesenangan masa hadapan hahahah!

16 bulan punya skill,

1. Turns the pages of a book. -Mmg sah sah terrer!. Siap pretend tgh membaca. Dia mmg suka amat-amat buku! Ditariknya kita suruh bacakan buku. Seriyes!!

2.Has temper tantrums when frustrated. – Lebih-lebi lagi bila tak kasi main laptop Abbi nya. mengamok! ye la kerja dan turnoff kan je laptop tu. bapaknya pulak tgk busy buat kerja.

3.Becomes attached to a soft toy or other object. -Suka plushy! Haih aku puas laa takmo anak aku doa ngadap anak patung ni. Tapi suka bebenar dia dengan teddy bear!. Oh aku kurang bersetuju latih anak nak tido kena ada teddybear laa apa laa. Ajar doa je cukup! jangan terikot sangan budaya omputih tuh.

4.Learns the correct way to use common objects (e.g., the telephone) - Sikat dah pass! Kasi bedak dia dah sapu kat muka. Kalo kasi botol minyak Yuu Yee, dia sapu kat perot. Kasi getah rambut di buatnya gelang. Kasi handbag di galasnya keluar masuk bilik.

Mastered skill baby 17 bulan.
1. Enjoys pretend games. -Haih, letih dah kejap aku jadi beruang. Kejap jadi polis main kejar-kejar. Kejap aku jadi kanggaroo kat rumah  tuh.

2. Feeds doll! - tapi kes Anis ni nak feed lion dan dolphin kat breast aku!! Banyak lawa ko nak! Dengan bapak sendiri tak bagi share ada hati pulak suruh feed binatang 2 ekor tuh@!~

3.Dances to music. – Ini pon aku cuba kurang-kurangkan. Pergi Giant berjoget dengan lagu dong dong cheii, ye la kan Chinese New Year!

4. Kicks ball forward.

18 bulan pulak.

1. Will “read” board books on his own. – Anis- baca komik!!! Muahahahahah@!~ Rusak rusak!!

{ 9 comments }

I really amaze with anak dara I, at the age of  10 months old, she can pronouced UMEH (Ummi) sharp and clear. Abbi jadi OBBA (tah mana datangnya).

She can understand simple instructions like  NO and STOP (normal la tu kan) yang ‘tak normal’ nya (haha!) dia paham jugak USE YOUR LEG (time tendang bola),  USE YOUR HAND ( to pick up objects), PUT YOUR LEG DOWN FIRST/KAKI DULU (intonasi: menyinga, pasal turun katil,dia selalu terjun guna tangan kalo tak suruh guna kaki),  CLOSE THE DOOR (belum terkepit lagi jari :P ), CALL NENEK ( she will grab my handphone and put it on her ear and start blabbering!) .

STOP SCRATCHING! (dia akan bentah dengan menghempas tangan-bertuah punya anak!).  Lagi she can pronouced  aaaaaacccchakkk! sambil sergah kita!. Yang kelakar lagi, aku suka cakap “Ammi pengsan la mcm ni” dengan dia dia sekali buat-buat pengsan.  Sabar je la aku.

Anis Mardihah Nandos

Anis Mardihah Nandos 2

Anis Mardihah Nandos 3

Anis Mardihah Nandos 4

Anis Mardihah Nandos 5

Pekara yang buat aku gundah gulana bila berat Anis naik sikit bebenor, skang 7.5kg. Walaupun makan banyak. Ke susu aku bermasalah? Boleh ke macam tu? Nak kasi FM dia takmo botol. Kalo aku pump out pon, sama je cerita.

Jadual Makan Anis.
BF: (8.30a.m),
Breakfast nasi sayur ikan (10.00a.m)
BF:lunch hour (12.30p.m)
Tea SoyaMilk + Cereal (3.00p.m)
BF: (5.30p.m)
Oatmeal + Soymilk (7.00pm)
BF: (8.30pm)
BF: (10.30pm)
BF: (12.30pm)
BF: (3.30am)
BF: (6.30am)

p/s: Anis lactose intolerant.  Kulit dia kena je susu lembu start timbul timbul merah bengkak. So no cheese.

{ 22 comments }

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini entry luahan perasaan.. (baca la luahan ku ceceh)

Aku seperti biasa, masih terkapai-kapai untuk menstabilkan kehidupan sekarang.

Tapi setiap dugaan ada hikmah. Aku nampak sangat-sangat.

Aku geram marah dengan Nursery tempat Anis. Masih terima bayi yang sakit.Lebih-lebih lagi batuk. Aku lagi geram dengan ibu kepada bayi tu. Nak je aku mencarut kat sini lepaskan marah!

Aku rasa nak sepak je penjaga yang letak anis sebelah budak tuh!

Aku rasa kalo letak cerek air atas kepala dah mendidih dah.

Insyallah, aku dah jumpa seorang ibu yang boleh jaga anis.

Mungkin penilaian aku terlalu awal, tapi aku rasa ibu tu begitu particular sebijik mcm aku. Rumah bersih tanpa habuk (part neh tak laa pasal aku mop pon ikot mood je dah). Takde sofa buat perap habuk. semua spisis kayu jati kot. Takde karpet! pakai tikar kayu. Ada aircond!!! Paling best dia tak memasak !!!.AKu berdoa sangat-sangat anak aku selamat dalam jagaan dia nanti.

Walaupun batuk anis tak seteruk dulu, sebab mlm dia boleh tido.. tp Dr. Amdan kata kuat sangat virus/bacteria yg attack paru-paru dia. lambat nak recover.

Sigh. Dr kasi *singulair (untuk prevent asthma.)

SINGULAIR is a prescription medicine approved to help control symptoms of asthma in adults and children 12 months and older and for relief of symptoms of indoor and outdoor allergies (outdoor allergies in adults and children as young as 2 years and indoor allergies in adults and children as young as 6 months).

Sebab anak dara aku neh mmg ada ciri-ciri senang kena asthama.

1. Lactose intolerant.
2. Eczema.
3. Allergy to dust.

Aku amik cuti 1-2 minggu. Aku rasa aku dah cukup beruntung ALlah permudahkan aku banyak perkara. Gaji masih lagi full. HR very understanding. Ye la kan semua kat situ mmg mengikut lunas-lunas islam. Masa aku jumpa Pak Ali* (nama rekaan) dia tanya aku kerja untuk apa? Nak jawab demi Allah mcm terlebih tawaduk la pulak kang. Aku jawab la untuk family… Pastu dia kata “so family come first!”

Alhamdullilah.

Nanti aku buat entry 1st day as SAHM. Wahahahahahah@!~ Sat aku rasa tak perlu.. aku boleh conclude everything in ONE word…BAPPPAKKKKK LETIH!!!!!!! :P Tapi kalo setakat dok mengadap anak lain laa.. ni kena kemas rumah ( tak habis kemas pulak tu lagi), nak siap kan keja freelance, dah laa skang boss tu dok sms aku tanya storyboard bila nak siap tgh malam buta. Macam ada affair ngn jantan lain je dok ketik ketik tgh malam. Nak siap kan order Mini ME lagi ngn Banner.

Cemana laa orang dulu dulu ekk yg pegi ke sawah padi..

Anyway.. banyak nak luah kan nih.. terimakasih laa baca sampai perenggan la ni..

Aku baca entry Kak Ros http://littlemamadiary.com/935/lagi2-kes-baby-mati-tersedak-susu/

Sini aku senarai kan lagi apa yang sebenarnya berlaku dengan anak korang di Nursery selama korang di opis.

Nursery’s Nightmare!!(V1.0)

1. Anak korang tidor berhimpit himpit. Satu tilam single akan di kongsi dengan 3-4 bayi yang dah pandai berpusing-pusing. Anis aku bawak tilam super single untuk dia sorang. Seriyes!!!

2. Bayi kecik akan duduk dalam bouncing net. 8 jam korang kat opis 8 jam laa dalam tu. Tolak time mandi dan cuci berak je. Anis kecik aku kata lepas dia tido angkat!!!

3. Bayi yg dalam bouncing net tu akan di henjut mcm menampi beras.. gila laju! Lagi kuat menangis lagi kuat di henjut. Aku sound jugak kang bergegar otak bayi.. kepala baby lembut lagi.

4. Baby yang tak banyak ceta.. bila di susukan botol di sempang dengan batal! Nasib la anis jenis yg cerewet dengan botol kena kasi 100% attention kat dia time feeding.

5. Bayi korang akan di pegang dengan kasar.. kaki tangan di kepak time tukar diapers atau time tukar baju. kadang tarik guna sebelah kaki je. Mak aku dah sound kalo anta anak ke Nursery .. sediakan baju butang jgn bawak romper. Hikmah jugak Anis masa lahir shoulder dystocia (read more here)

6. Bayi korang yang suka bergolek- golek akan di tarik macam tarik guni beras je. Ni pon aku sound selagi anis atas tilam ni biar la dia nak bergolek. cemana la budak nak tido gerak sket ket tarik tido kat section masing-masing. tido pon tak aman.

7. Bayi korang akan di lap ibarat menyetal cendawan tepi sink. Takde nyee nak dap dap. Semua kasi sental!!

8. Berak cuci tak bersih. Sebab tu balik dr amik anak check towel dia tgk ada kesan taik ke tak!

9. Nak tido kan bayi dia akan hempuk-hempuk belakang anak korang. Seriyes boleh bergegar okeh. Mcm tepuk bantal nak buang habuk!

10.Baju anak korang kalo kena makanan atau muntah takde nye nak tukar. Pasal tak dipesan, pastu takde baju lebih. Kalo ibu tak kesah.. diorang lagi la.

.
.

Ni penjaga-penjaga kat Nursery Anis. Tapi yang jaga Anis tu tak sampai gitu la tp aku rasa ada jugak kasar nya. Ni dah dapat jumpa sorang ibu ni yang jaga 2 orang je, aku dah bersyukur. Itu pun aku kenal masa pegi buat follow up kat Klinik Adek. Terjumpa seorang aunty ni yang rekemen kawan dia.

Hikmah kan?

Betul. Allah kasi dugaan sebab dia nak beri ganjaran. Ingat tu!

(Bersyukur jiji!! Bersyukur!! banyakkan bertaubat!!!)

{ 12 comments }

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku panggil ibu – mama.

Aku benci mama dulu. Menyuruh aku seribu satu macam. Penuh protokol. Aku benci gila.

Bila aku dewasa kini aku tahu nilai setiap pekara yang terlalu kecik pada mata orang lain. Terlalu remeh. Terlalu merimaskan.

Aku ingat dulu mama kata…

“Kalo cuci pinggan, sponge tu cuci dulu sebelum masuk balik dalam mangkuk, jangan habis bersisa mangkuk sabun tuh”

“Lepas cuci pinggan, bersihkan sink, buang sisa makanan”

“Masa lap meja, tinjau dari tepi tengok kalo ada mana mana spot yg ter-missed”

“Sebelom tido,pastikan dapor mesti kemas, esok kerja lain pulak menanti”

“Lepas masak nasi, lap periuk nasi, jangan biar berkerak-kerak”

“Lap cerek tu lepas masak air”

“Kibas kain baju masa nak sidai biar selesai masa nak angkat, senang lipat”

“Terbalik kan seluar masa sidai”

“Baju sutera jangan jemur bawah matahari”

“Bangun tido pagi-pagi bukak tingkap”

“Kemas katil, biar masuk bilik tenang fikiran tak serabot”

.
.
.

banyak lagi.

Dulu aku bosan dengar.

Sekarang aku bagi tau ma, aku berterimakasih dengan semua nilai-nilai tersebut.

Ma kata “Itu beza kita dengan orang dik”

Orang sekarang ” Rancak dek labuh”

Pepatah minang – Masa keluar luar cantik belaka, rumah ibarat tongkang pecah.

.
.
.

Ma selalu pesan, ada anak ni, kena set up a good example. Kena berubah. Tak boleh malas-malas. Fikir kalo hari ni hidup kita susah, nanti-nanti lagi susah kalo kita tak berubah.

Mak pesan, “dek kita kawal keadaan, bukan keadaan yg kawal kita”

Time macam ni aku harap mak aku ada ingatkan aku pada semua pekara.

Aku pelupa.

Atau sengaja buat-buat lupa.

Related Posts with Thumbnails

{ 10 comments }