From the category archives:

Marriage Life

Mungkin sesetengah perempuan ni, dia terlalu lemas dengan keadaan rumah dia, tiada sokongan dari suami perhaps.. tu yang dia fed up bila jaga anak. Nak mengaku atau tidak, kita (mak-mak ni) mmg perlukan bantuan. Ada yang malu nak mengaku, konon “aku-super-woman” aku buat semua sendiri. Aku rasa tipu laa. Kalo nenek aku ckp mcm tu aku percaya. Perempuan zaman dulu berbeza hokay!.

Aku. Otak aku ni aku rasa dah banyak gila partition. Tu tak masuk mana mana segment yang dah corrupt. Bila bertembung pulak dengan tanggungjawab menjaga (bukan setakat tengok-janji-anak-hidup okeh!) mmg sistem boleh hang. So bila ada maid, rasa separuh beban dalam otak tu berkurangan.

Contoh beban:

1. Lipat Kain
2. Sidai Kain
3. Load kain dlm washing Machine
4. Cuci Pinggan
5. Mop Lantai

Tapi bila maid menjaga anak sampai anak tu sendiri prefer untuk bersama maid. Apa peranan suami? nak salahkan isteri?

Tiada hukum anak patut rapat dengan mak. .

Okeh macam aku, kadang aku rasa rimas bila pantang aku duduk, anis dtg duduk kat riba. Pantang aku baring, dia sibuk baring sama ATAS AKU! pantang kat dapor dia datang pelok kaki. Duduk depan laptop di panjat-panjatnye belakang aku. Setiap saat aku ada depan mata dia!!

Aku rasa Koben nampak tapi dia pilih untuk ignore! sebab dia ada comfort zone dia. Sampai nak mandikan Anis, budak tu nak aku jugak mandikan. Okeh fine. Sebab most of the housework cuci pinggan, buang sampah, masak mesin baju sidai baju angkat baju hatta lipat kain (walo sesi melipat berlangsung sekali dalam 3 hari atau 5 hari) Koben buat. Tapi I need to be honest here okay, I need my me time at home.

Mcm malam tadi aku masuk bilik nak kemas.. tutup pintu anak aku dah bagai salam sepuluh kali. Padahal abbi dia ada depan tuh.

Apa aku nak cuba highlite kan ni?

Okeh gini.. letsay perempuan tu di tempat aku, dia ada maid… bila dari awal ada anak sokongan tu takda, yang ada maid. Tu yang jadi kes anak rapat dengan maid.

Maid aku pulak kat rumah mak aku. So different story.

Sedangkan mak apak aku pon aku dok sound kata jangan manjakan sangat anak dara sorang tu.. ini kan maid.

So sokongan dalam rumah tangga tu perlu.

Anis Ini masa baby@!~

Macam ni nak kasi maid jaga? Letih letih pon kita bila tgk anak gelak ketawa, rasa mcm ringan je badan!

{ 14 comments }

Anis, tiada keindahan sehebat kamu . . .

.

.

.

.

“Macam mana Anis hiccups?”

“Erk”

“Macam mana Anis kentut?”

“Pwwuuuuuuuuttt” *sengih*

Haih anak dara sorang ni.

Anis Manis and Abi

Anis: ” pegi mana?”

Koben: “Pegi carik jus buah besarrrr!”

.

.

How do u spent your Mother’s day?  Do share.

Here is how I spent my Mother’s Day

Saturday Nite: Had dinner at O’briens and supper at The Loaf

Sunday: Cuddling in bed with Koben while watching Julie and Julia.

PERFECT!

Anis?

Busy memasak.

{ 5 comments }

Memang jarang nampak perkataan ni kalo kita berkunjung di mana-mana blog “mak-mak”. Hakikat sebenar di sebalik mendidik dan menjaga anak-anak seorang ibu tidak mampu untuk ’sentiasa’ bertahan.

Aku banyak amik iktibar melalui TV series Desperate Housewives.  Contoh Bree, mmg orang nampak dia perfect, kadang kita letak kayu pengukur tak kena pada tempat. Sebab takot di nilai, takot rasa ‘tidak upaya’ itu mengganggu perkembangan anak kita, rata-rata sebagai ibu terpaksa menelan sesuatu beban yg besar.

Jarang aku baca blog ibu yang bersungut jaga anak (kat blog aku je laa dapat baca banyak bab bab bersungut ni kan eheh). Bila aku baca keupayaan seorang ibu yang hebat *ehem-Jiey-ehem* aku mengukur tingkah laku aku.  Lepas tu start aku rasa mandom dan bersalah. Adakah “AKU TIDAK BERUPAYA” itu merupakan satu kesalahan?

Adakah seorang ibu tidak patut rasa TIDAK BERUPAYA?

Aku rasa kita patut mengaku dari berpura-pura kuat dan akhirnya memakan diri. Bila kita mengaku obviouslyla kan kita akan berusaha dari dok indenial je sepanjang waktu.

So sini aku tulis KETIDAK UPAYAAN AKU.

Aku tidak berupaya untuk…

1. Berhentikan otak untuk tidak memikirkan anak bila berjauhan.

2. Berhenti kerja dan jaga anak kat rumah, sebab terus terang aku akan tension. Lain la kalo ada orang akan menguruskan rumah. Tu belakang cerita.

3. Untuk berhenti kerja dan balik Seremban dok umah mama abab walau seribu kemewahan dan kemudahan yang membolehkan aku tido bangun sesuka hati. Sebab aku tak mampu mendisplinkan diri aku kat rumah tu.

4. Untuk berhabis duit membeli bermacam-macam mainan, (sb aku rasa membazir sangat-sangat) pasal pendapat aku la kan, no point jugak beli mainan pasal Anis kasi dia kotak minyak wangi Chanel (kena spesifik, bukan berlagak -haha! kotak lain dia takmo) dan kad kad yg tak guna dia akan khayal selama dekat hampir sejam keluar masuk kan kad kedalam kotak goncang-goncang sorak bawah bantal carik balik sorok bawah kapet etc.

Moral: Kena beli minyk wangi baru, sebab kotak tu dah lunyai *flips hair*

5. Untuk produce susu yang berkualiti. Aku tak tau laa anak aku asik selsema batuk je. Padahal BF. Puas aku amik supplement nak increase milk quality. Sekarang aku dah start kasi dia makan Scott Emulsion (okeh tergiang-giang lagu “bermain dengan ayah.. ku rasa bertuah.. pulang sebelum hujang, ibu mengatakan kami ada kawan.. bernama scott emulsiooooonnn”)

6. Untuk bangun pagi menyediakan makanan Anis dan aku bersyukur sangat-sangat Koben takeover tugas tu SETIAP HARI. Pasal apa anak aku akan melekap molot mcm tapak sleman kat bedendeng. Kang dia bangun lagi laa lambat kami masuk opis.

7. Untuk homeschool. Sebab? Tak habis lagi layan Gossip Girls Season 2 dan 3. Ahaks! Malam-malam layan kejap jam 10 ajak tido. Hujung minggu je la baru nak ajar itu ini. TAPI satu hari kena baca 3 buku.  Aku kasi pilihan buku cerita mana dia nak baca. Believe me, hampir sejam jugak aku akan membaca buku yg sama berulang-ulang. Kadang terbawak bawak laa dalam mimpi tikus nama Violet tuh.

babyblues

.

.

Okeh, aku dapat pikir tahap ni. Padahal banyak lagi. Aku stop. Aku dah down Uwaaaaaaaaa@!~

Aku mahu Johny Depp!!!!!!!!!!!

P/s: Btw Alice in Worderland tak best!!!!!!!!

OH DON’T FORGET..!!

27 March 2019 EARTH HOUR/EARTH DAY whatever.

{ 5 comments }

Haha, sampai terpeleot pinggang aku.

Sekarang ni macam macam posisi dia. Tertonggeng, menyedeng, melepek semua ada dah, dan lately, meniarap atas badan aku setiap pagi sambil terdampar dengan mulut mengumam bedendeng. Pinggang ni rasa mcm sakit nak terberanak kau!

Takpe la nak,  penat  ammi mengandungkan kamu esok tak beli jugak handbang idaman ammi siap la *sengseng lengan* until then, I dont mind being her  milking cow until I can and god … am I aching all over now or am I aching all over now !!!@!~ *gosok pinggang*

Sigh.

(ye dah tampal koyok jugak)

Malam tadi aku suruh koben pijak belakang aku, itu pon tak reda sampai dia buat  excersise ala-ala bola sepak yang meniarap lepas tu kepak tangan kebelakang pastu tuuuuut tuuut  tiada upacara bedminton yang berlaku. Hahaha. Okeh kelakar sikit.

Hmmm.. apa lagi nak ceta?

So I’ve talked about my terberanak-punya-sakit-pinggang . Now what else can I talk about?

Sigh.

I’m stumped.
Apa nak ceta?

I can’t possibly talk about weight gain, I got all super- depress mode karang and u guys will choke to death dengan rungutan aku yang tak bertepi.

Hah! (spot penggunaan BM yang bagus-yang tak bertepi)

Anyway, tonite rancangnya  nak dinner di Pizza vs Satay sempena Bday Koben (17-11-2009)  Double Hah! because I didnt get him anything.

Baddddd wifeyyyyyy!!!

Lemme see…
Oh. It was becauses  I’m broke, what else?

Heck, I didn’t even get to go buy his birthday card! (but I wrote him a letter instead- tapi tak kasi lagi.)

Somehow, it just didn’t feel…right.

Maybe tonite I slip the letter under his pillow or ’something-somenthing’.
So to make up for all that,  I’m gonna drag my butt of this chair later, straighten my pinggang,  go out, buy something.

Haaa cepat teka!

{ 12 comments }

بسم الله الرحمن الرحيم

Lama dah aku sangkut kat leher Anis!! Muahahah@!~

Okeh jangan bayangkan!

Anak dara sorang ni tinggi kalau nak tau.

Kalau nak BF dia kaki terjulur-julur. Kalo dalam kereta lagi laa! Sekarang macam-macam posisi bergayut dia. Meniarap atas badan sampai terteleng kekiri kanan. Sambil duduk, asal boleh je.

Hish hang ingat nenen ammi ni joystick!!!??

Satu lagi, keja dia mencubit bedendeng aku, di kutil-kutil kulit nenen tu. tau laa lembut dan gebu nak tp sakit. Dah tak boleh pakai halfcup leopard skin punya bra dah :P . Kesian pada bapak mu!

Satu lagi, kuat berjoget! pantang dengan musik! tergelek-gelek.Kadang tu siap humming lagi. Aduhai, lepas ni kena ajar dia tengok Grey’s Anatomy, ER, blablabla pasal aku nak anak aku jadi dokter.

Satu lagi, dalam besen mandi takmo keluar. Sah water baby!!

Satu lagi, takboleh langsung aku pegi mana-mana. Aku musti tercongok depan dia. Kalo masuk dalam walker, aku pegi dapor dia ikot, masuk bilik ikot, masuk toilet ikot, siram pokok ikot. Terasa macam mak itik aku neh. Kalo aku dok depan laptop statik, dia boleh pulak main sendiri, asal aku move a muscle jok start mamama mamamam mama mama mama!!!! Taruk kat playmat aku kena duduk sekali. Kalo tak jadi amk itik balik.

Related Posts with Thumbnails

{ 5 comments }