From the category archives:

Ivanne

Ivanne: Prolog

by Jiji on June 16, 2010 · 5 comments

in Ivanne

Prolog

Hari ini aku masih memerhati lelaki yang mejual potato jaket di tepi lorong itu yang tidak henti-henti menabur jagung untuk burung-burung merpati yang berterbangan. Aku menyeluk jari jemari yang semakin sejuk ke dalam poket sambil mengharap sang pari-pari  muncul dengan keping duit syiling 50 pence. Tiada, selain sekeping kertas renyuk dan beberapa gumdrops berwarna biru,  merah dan ahh warna kegemaran aku-kuning!

Sambil mengunyah aku berfikir, alangkah bagus jikat penjual itu  menabur gumdrops untuk merpati berbanding jagung. Dunia hari itu  pasti akan lebih ceria berbanding sekarang. Aku benci late autumn! Aku nak matahari dan langit biru bukan lecak dan kumpulan daun kering yang mengotori but tumit tinggi aku. Aku sukakan angin yang sentiasa menyentuh rambut. Mengeluh.

Mungkin aku boleh menjual but untuk menikmati potato jaket bersama burung merpati. Menikmati seratus biji kentang yang dibakar bersama cendawan dan krim masam. Kenapa krim masam?

“Qi,come, we’re going now!”  “I’m coming , ibu!”. Aku terpaksa pergi wahai perempuan berkaki panjang dan kasut but. Nanti aku  datang lagi wahai penjual kentang dan burung merpati. Kita berbual lama-lama lagi. Ambil ni. Aku melempar sebijik gumdrop bewarna kuning. Lantas burung merpati yang asik mengutip biji jagung berterbangan dan hinggap semula mengutip biji jangung.

Mungkin burung tak makan gumdrop bewarna kuning.

Heathrow Airport: 5.20pagi.

Aku masih memerhati dari dalam dinding kaca. Bersama seekor Patrick yang dihadiahkan oleh uncle Fauzi. Seekor Patrick yang cukup besar untuk di peluk. Aku berlari kearah ibu yang masih duduk terpaku. Aku senyum pada uncle Fauzi. Tangannya memegang erat bahu ibu.  Patrick, dulu masa di rumah nenek Allison, aku sedang bermain-main didalam bathtub, kamu tahu tak Patrick bertapa hebatnya menyelam  sambil membuka mata! Banyak bola-bola warna cahaya yang sangat cantik berterbangan perlahan. Tapi tiada warna kuning. Aku menyentuh benang-benang kapas dan seekor kumbang. Seingat aku Patrick, tiba-tiba semua bola cahaya bertukar kelabu dan berlari kencang. Benang-benang semuanya putus dan aku tidak dapat mencari kemana pergi kumbang itu. Patrick kau dengar tak?

“Qi, are you hungry?”

“No, Ibu”

“Qi, Ibu going to miss you alot!”

“Okay…”

“. . .”

Ibu senyum, aku nampak bola-bola kecil cahaya di hujung mata aku, semakin banyak melimpah. Patrick jatuh ke lantai. Aku di dakap erat oleh  uncle Fauzi. Patrick kenapa banyak sangat ni cahaya ni. Patrick!! Aku nampak ibu berlari kearah aku dan berhenti. Aku nampak Patrick. Aku nampak ibu makin jauh. Aku nampak beribu-ribu cahaya penuh pada mata aku. Aku tak  mahu mencari kumbang, aku mahu ibu. Aku menjerit sekuat hati!

.

.

.

.

.

Okeh seriyes korang rasa okeh tak? ke merapu meraban je karya aku? Hahahah! Sila jangan komen tahap tatabahasa dan di-dekat dan di-jarak aku okeh.  Haih. Pernah ak satu tahap bila hidup rasa mcm tak muat dah, tetiba rasa mcm nak jadi penulis.. lepas tu bila baca komik syok sket.. tetiba nak  jadi pelukis komik.. bila tgk orang  duduk rumah jaga anak.. tetiba rasa nak duduk rumah jugak.  Tensi aa rasa mcm tak tau nak jadi apa.


Related Posts with Thumbnails

{ 5 comments }