From the category archives:

Bekalan Akhirat

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata,

“Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah “Kapur!”,jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah “Kapur!”.

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya.

“Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.”

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik walaupun di bulan ramadhan, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.”

“Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?” tanya Guru kepada anak muridnya.

“Baik untuk permainan kedua…” Gurunya meneruskannya. …..

“Cikgu ada Qur’an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil
Qur’an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?”

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur’an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet..”Murid- murid, begitulah umat Islam dengan musuhnya… Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.”

“Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. …”

“Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka…Dan itulah yang mereka inginkan.”

“Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita… ”

“Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?” tanya murid-murid.

“Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.”

“Begitulah Islam…Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun”.

{ 3 comments }

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, “Cuaca buruk je akhir-akhir in ye…” Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan…susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

“Allahumma syaiyiban nafi’a”
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu “bad mood” bila hujan?

“Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?” Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah” (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. ” (Al-Mukminun :18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. “ (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNya lah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)

So lepaih ni bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2…

Bismillahirahmanirr ahim, Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.dan keluarganya , sahabat, para salafusoleh, syuhada’ dan para ilmuan. Semoga dianugerah rahmat dan keberkatan kepada para Rasul dan mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat

Dengan Keagungan namaMu Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim, Ya Latiff, Ya Fatah, Ya Razak, Ya DzalJalalli- Wal ikram

Ya Allah ya Rabbku,

Moga engkau merahmati kami dan menganugerahkan kami sebagaimana banyaknya hujan yang turun di dilangit hari ini.
Ya Allah,

Kayakan lah kami dengan Iman,

Kayakan lah kami dengan Islam,

Kayakanlah kami dengan hati yang tunduk dan patuh kepadaMu,

Kayakanlah kami dengan nikmat syukur

Kayakanlah kami dengan persahabatan yang ikhlas
Kayakanlah kami dengan pertolongan menegakkan syiar Islam

Kayakanlah kami dengan Kasih SayangMu.

Kayakanlah kami dengan kekuatan amal agar Engkau Redho kepada kami

Kayakanlah kami dengan harta yang digunakan untuk mendekatkan diri kepadaMu
Kayakanlah kami dengan kekuatan untuk membangunkan ummah

Kayakanlah kami dengan cahaya di hati untuk mencintai orang yang mencintaiMu dan mencintai orang yang Engkau cintai

Kayakanlah kami dengan rumah rumah di syurga yang Engkau janjikan.

Kayakanlah kami dengan kekuatan zahir dan Batin untuk menyampaikan seruan Dakwah untuk menegakkan agamaMu.
Kayakanlah kami dengan rahmat agar dapat bersama sama Nabi Muhammad S.A.W dan para hamba yang engkau cintai di syurga kelak

Kayakanlah mukmin dan mukminat di seluruh dunia dengan kekuatan jihad dan pertolongan untuk bangun dari kesusahan, kesengsaraan dan penindasan dari musuh-musuhMu.

Dan kayakanlah kami dengan pertolonganMu dalam urusan hidup dan mati kami di dunia untuk menuju akhirat yang pasti.

“Laa ilaaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu minadzh dzhalimiin (Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang yang telah berbuat dhalim)”
Ya Allah, makbulkan lah doa hambamu ini. Amin, Ya Rabbal Alamin.

.
.
.Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir..

{ 4 comments }

Nenek aku suka sangat puasa hari ni hari tu , padahal mak aku dah kata.. mak nak posa sunat posa je tp jgn disebabkan hari 1 rejab nak posa ikot hari tu… takde mak nabi tak ajar.

Ye laa orang tua zaman dulu, ustat ajar semua ikot. Kebanyakkan buku-buku agama suma mengikut tarikat masing-masing. Ustat zaman dulu pon banyak mengamalkan amalan TRADISI  berpuasa ni. Kita main amal je. Mmg susah nak perbetulkan benda yg dah di jadikan amalan.

Contoh diskusi aku dah kawan aku.

LEPAS SOLAT, BAGI SALAM — SAPU TANGAN PADAN MUKA

“Lepas salam orang sapu tangan kat muka, boleh ke?”

“Gini la, amik pen..”

“Amalan kalo nak buat gini pertama kena ada syarat sah, perlu rukun, tau pekara wajib, tau pekara sunat, pekara makruh dan yang membatalkan”

“Sapu muka tu tak termasuk mana-mana pon dalam kategori tuh”

“So batal laa?” <— kes tak paham konsep hahah!

“Okeh aku jadi imam, aku tak sapu muka, orang akan berdebat kata kenapa tak sapu muka, mufti tu sapu muka, ustat tu sapu muka tak sah ke semayang–kata orang”

“Benda yang nabi tak ajar, tp bila dah dijadikan amalan sampai tak boleh tinggal , mcm lepas semayang kena sapu muka.. kalo tak sapu rasa tak sempurna ibadah tak boleh la. Bida’ah”

“Kat Malaysia ni Islam bergerak sama dengan Adat, tak boleh patutnya, patut Islam paling tinggi, nak ikot adat, rujus ISLAM”

.

.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Ni ada aku baca blog blog yang berpuasa 1 rejab bagai. Dan dengan serta merta (ecewah! aku mengkaji sat amalan tuh dan aku terjumpa ni)

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”

Hadith Rejab Bulan Allah, Sya’ban Bulan Nabi, ni lagi satu kes lagi.

Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)

PLEASE! Ibu-ibu, jangan main amal dan percaya. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

.

.

Nanti kalo ada org kata “LETIH LA NAK BERAMAL KENA KAJI DULU” –  Ada otak pakai, nak beli handbag pon kena kaji dulu jugak apa!! Kulit babi ke, ori ke, replika ke, kedai mana lagi murah. C’mon la.

{ 5 comments }

Selamat Pagi Jumaat….

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya
Islamik yang l ain .

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijump ain ya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

{ 5 comments }

Dengan akal  pendek aku dengan iman sekerat aku selalu berfikir, kenapa susah-susah ada syaitan.

Tak ada kan senang.

Manusia boleh beribadah.

Tiada yang menghasut menggoda manusia melakukan mungkar.

Dasar akal pendek.

Tapi,

jika syaitan dibiarkan mati  aku sedar jika manusia tahu, mereka akan hilang kebencian ke atas neraka dan tidak mahu lagi beribadah, lantas engkau perlu hidup, dalam ketakutan menuju kiamat yang jelas sudah ketetapannya, kerugiannya dalam segala juta siksa.

Manusia seperti aku selalu berfikir perasaan tuhan.  Manusia seperti aku selalu silap besar. Perasaan tuhan itu tidak sama langsung dengan definisi manusia. Jika dia berkata BERTAUBATLAH, walau di kiri masih punya pisau dan kanan itu nyawa yang direntap, bertaubatlah.

Related Posts with Thumbnails

{ 2 comments }