Itu hari lambat baca komen Jiey yang ayahandanya boleh tolong ‘tengokkan’ anak dara aku sorang ni. Last aku pergi tanya kawan opis ni kot dia kenal sesiapa. Dia ni rajin ngajar/bertadurus bagai. Dia foward contact AuntyAni di Seksyen 11 Shah Alam. Katanya reti mengubat bayi meracau atau tertegur ni.
Pada mula telepon Aunty Ani ni dari nada dia, mcm seolah aku ni jatuh ketegori “mak-mak-yg-sikit-sikit-risau” tapi bila aku nyatakan lebih lanjut keadaan Anis yang:-
1. Makan banyak, berat badan tak naik-naik
2. Jam 2 am start marah-marah meracau merengek hingga la nak masuk subuh.
Dia terus minta aku datang berjumpa. Aku pon tak pernah lalui bab bab mengubat ala-ala mistik ni. Takot jugak la. Aku ni kurang sket bab bab percaya hantu-hantu. Aku tau benda tu ujud. Tapi aku pikir maybe breast milk aku tak cukup ke. Dia nak tumbuh gigi ke. tapi bila sampai satu tahap dengan aku aku sekali KO setiap malam meredakan anak dara tuh. Aku pon perlu tido jugak. Acara bedminton pon tak bleh berlangsung dengan aman mcm tuh. So aku pon start la mencari penawar.
Aunty Ani bukan bomoh ke apa. Cuma dia ada belajar mengubat orang yang tertegur terkena gangguan jin dan syaitan ni. Rumah dia selalu orang datang bertadarus bagai.
Masa sampai aku dah cuak la kot kot ada kemenyan ke. Aku ni bab bab mistik ala bomoh ni mmg haram le aku nak percaya. Tapi rumah dia masuk damai je. Ruang dia luas untuk jemaah datang bertadarus. So aku pon bagi salam masuk duduk kat meja depan.
Aunty ni dia gosok-gosok tapak kaki Anis.
Gosok sendi sendi.
“Lemah semangat anak ni.”
Ok….
“Budak kecik ni kita tak boleh cakap jerit-jerit, tengking nanti semangat dia hilang”
Ok..
“Siapa jaga anak ni? hantar rumah orang?”
Haa apa lagi everything make sense now. Ibu jaga Anis aka POMPAN MULOT MENYERINGAI kerja menjerit je. Bukan aku tak tau. Every lunch hour aku dok BF Anis dengar dia menjeri marah kan Muzafar (budak jagaan dia)
Habisss aku story semua.
Lepas tu Aunty tu amik cawan ngn air sikit. Dia kata air selawat syifa’. Kasi Anis minom 2 sudu.
Anak dara aku tu mmg sporting la. Relax je ikot je.
Lepas tu Aunty tu amik minyak wangi mekah (bukan minyak attar ni yg bau birai kaabah tu) . Perfume tu mmg wangi! Ada kat seremban mak aku beli dulu banyak nak pass kat sedara. Alaa botol kecik tu. (Ceh explain, mcm laa aku sorang je pernah tengok kan?
Heck)
Continue..
Gosok kat siku, kat belakang Anis.
Jin ni tak suka wangi-wangi. Nota: Sebab tu sunnah nabi pakai wangi-wangian. Setiap sunnah nabi tu ada cahaya dan kebaikan disebaliknya.
Sampai kat tengkuk, Aunty sebut Allahu Akhbar 3x.
“Haaa kat sini! Ada ni hhhmmm tengok meremang bulu roma dah”
Aku pon tengok le lengan dia yang putih tak nampak pulak bulu roma hahaha tapi nampak le goosebumbnya.
Kat situ rupanya setan/jin yang menempel!.
Aunty tu urut urut lagi.
Anis cool je. Hebat anak mak hebat!
Semerbak anak aku!
Lepas tu dah habis.
Dia kasi air syifa’ tu. Ada dia kasi CD bacaan ayat al-quran yang terpilih untuk di dengarkan kat dalam keta/ dalam rumah untuk kita orang burn.
Ada dia kasi photostat ayat surah .. (alamak aku lopa) untuk mengelak gangguan jin dan syaitan! dan bacaan ayat ayat tertentu dalam Al-quran untuk mengelak kanser.
Seiapa nak boleh email aku alamat rumah dengan lengkap berserta nama dan no telepon boleh aku post kan terus (wah rajin!). Sebab aku takde scanner.
Kat sini aku kongsi cara-cara yang yang Aunty tu ajar aku.
CARA MENGHALANG GANGGUAN JIN DAN SYAITAN (untuk BAYI dan KANAK-KANAK)
1. kalo korang baca Ayat Qursi ke apa ke mcm tak jalan je, bukan bermakna benda tu kuat. TAK. Korang baca tak betul. Kena baca mengikut makhraj.
2. Selawat syifa.
3. Ayat Qursi (Ayat terakhir baca 7x gosok pada lekuk tengkuk anak dan lafaz Allahu Akhbar 3 x atau bilangan ganjil)
4. Air yassin boleh guna kasi minom.
5. Elok lagi kalo dapat air dari masjid/ surau yang buat zikir atau bacaan yassin dan selawat syifa’. Lagi ramai lagi bagus. Katanya tak semua orang bacaan dia betul. So mana yg betul tu boleh la top up bacaan yang salah so air tuh lagi mujarab dan powerful. Heh.
6. Baca surah Al-baqarah. Dia kata setan terjun dengar surah ni kalo pasang dalam rumah / kereta.
Dia ingatkan kita orang setan ngn jin ni penuh kat tempat kita bertengkek sana sini merata la berasak-asak. Kencing merata. Kalo dapat tengok, mmg tak lalu nak makan kat kedai-kedai luar sana. DIa kata kat chowkit tu makanan penuh kena kencing setan. Penuh jin kat situ. Dah tempat kotor.
Dia kata kalo keluar makan tengok tempat makan.
Tengok tukang masak kalo bukan orang islam takyah la makan.
.
.
Aku ingat dulu aku kecik time sekola agama patu betul aku menentang setan. Macam masuk bilik air tutup kepala. Kaki kiri masuk keluar kaki kanan (ke vice versa?) Makanan tak terdedah. Baca doa tengok cermin. Pakai baju. Kira hapal la semua.
Ni dah besar remaja semua hilang. Dah takde suasana Islam dah dalam kehidupan aku.
Benda mcm ni buat aku insap betul la. Kalo sebelum ni aku amik ringan sangat setakat baca doa tido ngn makan je. Lepas ni nak try amalkan balik.
Ni ada anak ni, aku kena ujudkan suasana tu. Aku kena ajar dari kecik. Esok dah besar menghadap handbag dan kasut je. Mengadap Gossip Girl je. Mengadap facebook je. tau le aku mengajar nye esok!!!
P/s: Aku tau, aku nampak dan saksikan sendiri Anis terang hati sangat. Kalo nak minom makan dia akan tadah tangan pura-pura baca doa lepas kita baca bismilah. (macam baca balik semula lepas aku bacakan). Al-quran kat rumah tuh pantang nampak nak baca. Bila kasi duduk atas katil taruk atas bantal pura-pura baca siap tunjuk lagi tuh! Hebat la ko nak!
Sekarang dan pandai sebut YAAAA CHINNNNNNMMMMMMMM.
Alahai anak omak!
oh Tercicir. Malam tu Anis tido dengan selena-lenanya!!!!!! Mak apak dia pon qada laaaa…. TIDOR!!! Tiada apa apa yg berlaku.