About
Hai, nama saya Jiji.
Ruang Kerja saya
Bekerja sebagai Pereka Sistem Arahan Komputer (whatthehell?), ok, bahasa Inggerisnya berbunyi (Computer) System Instructional Designer. Kerjanya nampak mudah, hanya merekabentuk system flow atau aliran sistem bagi courseware dan mengenalpasti elemen multimedia yang menyokong sistem tersebut. Anda faham? Tak? Tak mengapa.
Saya (baru) berumur 26 tahun, masih muda dan belum berkawin. Mempunyai seorang anak dara yang amat manis. Saya yakin manis kerana saya suka menjilat pipinya.
Ini anak dara saya
Saya mempunyai seorang suami (perlu dinyatakan ’seorang’ untuk memberi hint pada suami agar mempunyai ’seorang’ isteri juga) yang gemar memasak. Perhatikan penggunaan perkataan gemar, saya rasa lebih sesuai berbanding ‘pandai’. Tidak bijak memuji suami secara terangan-terangan kerana dia akan membaca dan akan perasan sendiri nanti. Ia akan menyusahkan saya.
Mari kita teruskan.
Saya pandai memasak tetapi malas mencuci pinggan. Walau bagaimanapun, saya sungguh rajin mengelap dapur dan kitchen top. Kerja mengemop lantai juga terpaksa dijadikan hobi harian dan buka lagi sampingan kerana anak dara saya sensitif pada habuk.
Saya juga amat(ditegaskan di situ) pandai melukis (perempuan sahaja), saya akan cuba belajar melukis lelaki yang tidak mempunyai buah dada di masa hadapan. Saya sukakan bunga. Bunga kegemaran saya ialah Tulip, Gerbera, Iris, Eustoma, Lili dan Ros.Selain bunga-bungaan, ikan juga merupakan binatang kesayangan saya. Abah saya akan menternak beratus-ratus ekor ikan Guppy yang saya beli sebanyak 10 ekor untuk di jadikan makanan burung secara tidak langsung.
(saya berasa begitu letih menulis mengikut tatabahasa yang sesuai dan tepat.)
Mari kita teruskan.
Tujuan utama saya (markah bonus kerana menyatakan objektif karangan walaupun di perenggan akhir) mewujudkan laman web ini hanyalah sekadar memenuhi masa lapang. Itu saja.
Terimakasih.
-Jiji











Comments on this entry are closed.