Okeh.

Kawan aku mengadu, anaknya kehilangan buku latihan Matematik.  Terperinci, cikgu matematik dah hilangkan buku anaknya. Small issue la kan. Kadang tersalah letak, atau tercicir, atau tercapur dengan kelas lain. Keji nye, kau tak suruh murid kau pegi bilik guru carik buku tu. Dah kau suruh pergi cari, budak tu tak jumpa, kau tak boleh buat bodoh. Kau patut cari dan bertanggungjawab. Sebab 3 murid kau juga hilang buku tu. Bukan cakap “suruh mak beli lain”

Sikap seorang guru, senang ckp kebanyakkan guru-guru menganggap role sebagai GURU hanya satu kerjaya. Tiada passion langsung! Mak aku  nak sangat aku jadi cikgu. Tak habis-habis suruh aku apply jadi cikgu. Bukan taknak, cuma aku tau… entah laa.

Aku pernah menjadi guru ganti di sekolah rendah dan aku  sudah dijadikan bahan kutukkan guru guru lain kerana aku mempertahankan

1.HAK ANAK MURID AKU UNTUK BERADA DIDALAM KELAS KETIKA WAKTU BELAJAR

 

Hello,

Ko nak anak murid kau tercongok jaga pintu pagar sekolah , pantau MURID DATANG LAMBAT?   Even for 10 mins? TAK BOLEH!  The first 10 mins ADALAH SESI ATTETION GRABBER dalam PROSES PEMBELAJARAN!  ko ni cikgu tak belajar ke?? AKu cikgu sambilan pon tau. Kau ingat bukak pintu, tulis kat board.. cakap ngadap papan hitam .. dah selesai kerja engkau? Ko kena TARIK PERHATIAN ANAK MURID KAU DULU SEBELUM SESI PEMBELAJARAN !

Tak masuk lagi pengawas kena keluar awal time rehat dan masuk lambat ke kelas selepas waktu rehat.  Tugas mereka ke sekolah untuk BELAJAR!

2. ANAK MURID ANGKAT KERUSI YANG KO DAH DUDUK LEPAS PERHIMPUNAN

Aku buat scene cakap, “takpe cikguboleh angkat kerusi saya, tunjukkan dimana cikgu nak simpan kerusi ni” SETIAP KALI PERHIMPUNAN yg menimbulkan JELEK mata-mata cikgu lain. Sebelum perhimpunan.. OK laa suruh pengawas susun kerusi. TAPI SELEPAS PERHIMPUNAN DAH MASUK WAKTU BELAJAR OKEH! Tunjukkan teladan yang baik kat anak murid.

Lagi satu kau TAK BOLEH assigned anak murid kau jadi TUKANG ANGKAT BEG KAU setiap kali kau turun kereta setiap pagi. Unless dia berkejaran nak menolong kau. Aku tak susurh anak murid aku angkat bag aku walau mereka offer.. dan aku tak menolak mentah-mentah.. aku hanya ckp.. kalau nak tolong, jom temankan saya pergi ke bilik guru.. sambil berbual-bual dan bercerita diawal pagi dengan mereka yg datang awal.

3. SEDIAKAN 3 jenis botol warna  untuk setiap meja ketika waktu PENDIDIKAN SENI. WHATT?!

–BANGANG OKEH, kalau nak warna hijau pinjam kat MEJA SEBELAH. BILA MASANYE BUDAK_BUDAK TU NAK BELAJAR??? Kerja bangun merayap tukar kaler. Padahal ko boleh spent beribu ringgit buat CENDAWAN SIMEN YANG BODOH DAN TAK BERFUNGSI kat laman sekolah kau.  I spent half of my gaji beli watercolor SORANG SATU untuk murid-murid aku bulan tu. Yela sekolah kampung, mak bapak tak berduit.. baru laa budak-budak ni boleh ekspress diaorang punya kreativiti ni tak.. ko limit kan sendiri bakat anak murid kau.

4. Budak tak boleh MEMBACA. Boleh tak ko jangan GIVE-UP! Boleh tak kau luang extra time kasi personal tutor. Ni kau sebuk menjual kain, nurtrimatics, kat bilik guru. Aku pernah ada seorang bapak datang jumpa aku, siap nangis gembira anak dia darjah 2 dah reti membaca. Pasal aku bagi 60sen utk beli surat khabar depan sekolah dah baca kat bilik guru time rehat.. aku siap belikan dia nasi lemak dan makan kat bilik guru semata-mata nak ‘curi masa’ . Tetiba ada 3-4  budak kata dah standby dengan nasi lemak semata-mata nak join.

.

.

 

Mak bapak aku cikgu, cikgu yang hebat. Mama dan abah umur dah 60 tahun, anak murid tidak pernah lupa.  Balik kenduri, dalam kereta ada Indian guy tua dah kot umur 40 tahun ketuk tingkap macam nak merompak terkejut gila mak aku, rupanya anak murid dia masa kat Jelebu. Tak sangka jumpa mak aku dan sebok ckp terimakasih banyak kali.. dan dia ckp dia harap sangat anak dia ada cikgu macam mak aku. Mak aku kata dia tu degil dan jahat time sekolah tp pandai.

 

Hmmm..

 

5.SIKAP SUKA MENJERIT

Boleh tak ko jangan menyeringaiiii  mcm hantu dalam kelas sampai ganggu kelas sebelah. Ko hentak meja suruh budak diam,. Ko libas libas rotan kat pintu apsal??? Kau belajar apa kat maktab dulu? Mana kesabaran kau? Mana approach ko kat anak murid kau. FACE THE FACT kau adalah seorang CIKGU YANG SUPER BOSAN BILA KAU MASUK KELAS ANAK MURID KAU BUAT DEK DAN MEMEKAK.

Aku ingat clear lagi cikgu praktikal terjerit terlolong suruh kitaorang diam.. mak aku hari tu observe cikgu tu, 5 mins tak diam..suara dah abish telolong.. mak aku keluar kelas.. pegi kat kereta, amik payung. Bukak Payung, masuk ke kelas semua. Semua diam. Cikgu pratikal sentap laa.

Aku ada seorang cikgu yang supercool masa aku darjah 5. Cikgu Math, Norhayati,  masa aku sekolah K.G.V. Dia maksud kelas, dia akan tanya..” HAAAAAAAAA sapa nak share dengan saya cerita drama malam td, saya termiss laa”.. nanti ramai yg sibuk nak bercerita… dia akan kasi anak murid dia bercerita sebentar, dan selepas dia akan tanya ” Dah siap ke kerja rumah, ke tgk drama je?” – SENSE OF HUMOR kena ada.

Dia pernah bawak bingka bakar untuk kami semata-mata nak ajar fraction! Makan masa kelas adalah satu nikmat!

 

.

.

Entahlah aku mmg tak yakim wujudnya cikgu yg dedikasi. Jangankan sekolah rendah.. TADIKA ..pre-school yg ada pon semua guru-guru yang tiada jiwa. Okeh tak semua, but most of them! Sebab kebanyakkan mereka kerja untuk carik duit. BUKAN MENDIDIK.

Anis, masa aku hantar ke salah sebuah Islamic Pre-school . 15 minit dah berlalu. Anak murid kau dah tertonggeng kat kerusi. Ko tak start kelas! Jam dah 9.15!!! Murid kau tumpuan dah kurang sibuk kacau kawan. Anak aku pulak dah siap tunjuk tunjuk ABC (yang dah rompong beberapa huruf) yang ada pada dinding  dan ulang 5x.Tak masuk cerita  kebersihan lagi. well tu cerita lain.

Aku terpaksa membayar ongkos yang tinggi utk puaskan hati aku. Sistem pendidikan dan suasana belajar yg sesuai.. kadang tak perlu hantar anak kau sekolah yg fancy tapi cikgu-cikgunya spesis KAYU! Sekolah ni private school. Di asaskan oleh bangsa cina. Tapi pengetua Melayu.

Aku perasan seorang cikgu Cina disekolah Anis. Namanya Teacher Mary. Aku hantar anak aku awal jam 8a.m, kedatangan di ambil jam 8.15.

Dia panggil anak aku duduk kat depan dan dua lagi kawan Anis (yg datang awal) dipanggil untuk berdiri di belakang Anis UNTUK SESI BACAAN! Sambil menunggu anak murid dia yg lain sampai. Mereka akan bergilir gilir duduk dan baca.

Aku bayar 3 kali ganda dari  normal fees  di kenakan  di nursery biasa untuk lihat KEWIBAAN SEORANG GURU! YANG ADA JIWA SEORANG GURU.  Bukan nak kata aku mampu atau aku kaya.  Aku cuma tak cerita berapa kali aku dan koben bergaduh pasal expenses setiap bulan.Bila hal didikan anak, tiada kompromi. Pasal aku tak jumpa tempat yg aku boleh trust. It is all about trust!

 

Aku pernah sound seorang guru, yg SALAH MENULIS NAMA ANAK AKU. Kalau sekali tak apa. Ni semua file dah buku ANIS MARDIYAH.. Nama anak aku ANIS MARDIHAH! dah setahun nama murid pon tak kenal.

Aku dah cari serata Shah Alam. Ada nurseri yang tak nak guna meja.. menulis di lantai.. ada nurseri yg suram kelam lampu dah blow pon tak bertukar padahal aku dah pointed out masa survey itu hari.. ada nurseri yg ramai gila, satu kelas hampir 20 orang murid disumbat dalam satu bilik.

Keutamaan kau bukan anak murid kau, tp DUIT!