Posted on April 09th, 2012 in
Anything Anis,
Anything Jiji
Aku ada masalah mudah terjaga dari tidor. Bunyi alarm phone rumah bawah pon aku boleh terjaga. Anak aku terbersin pon aku boleh terjaga. Orang masuk bilik, aku terjaga. Semalam aku br cabut bateri jam dinding kerana bunyi jam buat aku rasa terganggu sangat-sangat. Bila anis buat bising aku dah start rasa annoyed sangat-sangat. Tak masuk bab bila dia merengek-rengek mintak garu!
Apa masalah aku skang? hari cuti adalah hari yg paling buat aku rasa tertekan. Anis mmg dah sah sah aku tak amik port. Main laa, sepah laa, semua benda ke laut. Rasa down gila, Sabtu tu pagi aku dah flat atas katil… jam satu br ingat nasi tak bermasak, lauk anak tak bermasak.. bangun gagah kan jugak la nak masak… pening pening tu masak sekali taknak makan. Rasa nak melayang je kuali!
Rasa fed-up yg amat sangat. Jumaat tu tanya teacher Mary perkembangan Anis, dia kata pagi kalo hidung dia start berair atau terbersin, dia mmg tak nak cooperate… Aku tak tau apa lagi aku nak buat anak aku bersin-bersin-bersin mcm simptom sinus.. kadang sekali bersin sampai 10X! habis aku tanya… apa dia makan… ada pakai sos tiram ke? sapa buat susu kat skola? tersalah susu kot.. kat rumah, aku cuba sangat-sangat utk angkut dan vaccum! langsir segala aku kibas.. still!!! Anis makain teruk tahap bersin dan gatal hidung dia.. kadang dia tonyoh-tonyoh sampai merah! TENSION!!!!!!!!!!! Tau tak rumah aku dah dekat sebulannn tak mop!
Gila sticky lantai buat aku lagi tension!!! last 3 weeks abah dtg, adalah abah mop sikit-sikit..lepas tu takde dah la aku sentuh. Haiih makin menjadi-jadi tahap mandom.
Kat opis pulak aku tak tau start dari mana… preassure pasal kerja tu normal la kan.. Cemana ko nak deal dgn bos ko yg tahap super bodoh! tahap super tak reti kerja.. tahap sengal sampai bos ko ngaku ngn ko seumur hidup dia.. segala dlm hidup dia BAPAK dia yg buat termasuk PAM TAYAR BESKAL! see!!!!!!!!! korang boleh bayangkan tahap bagal mcm mana.
Letih la, letih sangat2 mentally physically. Rasa mcm bodoh je. Dah lama aku tak kuar kemana-mana… duduk umah pegi opis duduk umah…. rasa naik gila pon ada.
Tapi sabar sabar sabar .
Rasa nak pegi main bowling kat IOI mall!